Skip to main content

Posts

Silence is Joy!

Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadah dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai. Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya. Riwayat at-Tarmizi

Manisnya Sebuah Kemanisan

Rasulullah SAW bersabda;  "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan RasulNya adalah lebih dia cintai daripada selainnya , dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah , dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat mahupun dosa) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka" Riwayat Bukhari dan Muslim Kemanisan iman dalam kehidupan itu perlu dicari sepertimana kita mencari kemanisan gula untuk secangkir kopi ^^, *Moga Allah permudahkan kau, aku, kita dalam pencariaan ini InsyaAllah..

Kebaikan dan Dosa

Daripada Nawas bin Sim'an r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: " Kebaikan adalah akhlak yang baik,  sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu  dan engkau tidak suka orang lain melihatnya. " Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim WASIAT NABI ADAM A.S. Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya: Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu pekara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut, tentu aku tidak memakannya. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buat yang terlarang itu. *hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak resah gelisah ke...