Kehitaman sejarah bumi ini,
Dijajah sengsara abdi,
Berdenyut nadi,
Bertahan di dada pertiwi..
Gugur pahlawan anak bangsa,
Bersama keringat, peluru dan darah!!
Pertahan wilayah milik kita,
Negara bermaruah lepas terjajah..
Wahai putera puteri warisan,
Penyambung hidup perjuangan,
Yang lahir tanpa ancaman,
Tanpa perlu merasa kesakitan..
Kerana jasa pejuang berkorban,
Memerdekakan!!
Sebujur tanah kebebasan,
Selaut persaudaraan,
Serta sepuncak kemajuan..
Ingatlah!! Sebuah azab penyeksaan,
Putera-puteri penyambung zaman..
by pak ya ( bapaku)..
Comments