Skip to main content

Al-Quran Itu Peringatan Buat Kita

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Kitab (al-Quran) ini tidak ada kekurangan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (al-Baqarah; 2)

Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak meminta imbalan kepadamu dalam menyampaikan (al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk (segala umat) seluruh alam. (al-An'am; 90)

Katakanlah (Muhammad), "Kemukakanlah alasan-alasanmu! (Al-Quran) ini adalah peringatan bagi orang yang bersamaku, dan peringatan bagi orang sebelumku." Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui yang hak (kebenaran), kerana itu mereka berpaling. (al-Anbiya; 24)

Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa (al-Quran) itu benar dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan hati mereka tunduk kepadanya. Dan sungguh, Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus. (al-Hajj; 54)


Dan orang-orang kafir itu senantiasa ragu mengenai hal ini (al-Quran), hingga saat kematiannya datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau azab hari kiamat yang datang kepada mereka.  (al-Hajj; 55)

Dan apa yang kami wahyukan kepadamu (Muhammad) iaitu Kitab (al-Quran) itulah yang benar, membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. (Fatir; 31)

Ini (al-Quran) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhannya, mereka akan mendapat azab berupa siksaan yang sangat pedih. (al-Jasiyah; 11)

(al-Quran) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. (al-Jasiyah; 20)

Dan sungguh, al Quran itu pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Haqqah; 48)

Dan sungguh, al Quran itu akan menimbulkan penyesalan bagi orang-orang kafir (di akhirat). (al-Haqqah; 50)

Akhir kata,

Dan sungguh, al Quran itu kebenaran yang meyakinkan..  (al-Haqqah; 51)




* Bilakah kali terakhir saya, awak, KITA SEMUA membaca bait-bait indah dalam surat cinta Sang Pencinta??

Comments

reza al-razi said…
Smoga hati2 kita akan sntiasa trpaut dgn al-Quran..
JumpZeera said…
@reza al-razi insyaAllah..
semoga Allah terus menyinari hati2 kita dengan kalam-Nya :)

Popular posts from this blog

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Pendiam? Buku Aiman Amri & Aqila Masri

Assalamualaikum, hai.  Ramadhan hari ke-8 dan PKP hari keberapa-tah-dah-hilang-kira hmm. Duduk rumah semua hilang dari kira.  Hiks termasuk sini lagi. Maksud dia apa? Tengah acah semangat nak buat esaimen tapi termenyimpang haha. Biasa sangat la buat perangai macam ni. Mengarang refleksi tak mau, tulis dalam blog rajin pulak la eh :p  Beberapa hari lepas ada terima eBook dari publisher sebagai ganti sementara buku fizikal yang mereka tak dapat pos asbab kekangan PKP ni. Bagi aku ni satu inisiatif yang menarik! Ye la kan, bila je lagi nak ada masa banyak untuk baca buku secara marathon. Tapi aku pilih untuk baca beberapa eBook saja. Nak reserve bacaan fizikal nanti. Baru best bila pegang buku betul, ye tak? Ni antara buku terpilih. Pendiam? tulisan Aiman Amri dan Aqila Masri. Poster promo pre-Order. Sedikit Sinopsis Pendiam?  Macam biasa apa yang aku rasa, akan diterjemahkan dalam bentuk coretan ringkas di twitter. Semestinya tempat mer...