Skip to main content

Isabella | Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Alhamdulillah, makcik berjaya juga habiskan buku nih. Setelah sekian lama mencari di ceruk rak buku acapkali ketika ke tokoh-tokoh buku (tapi hanya kehampaan yang ditemui), akhirnya kami dijodohkan bertemu ketika Expo Buku Islam 2012 di Putrajaya tempoh hari. Hekeleh dah lama beli tapi baru sibuk nak mencanang berita. Ish, nak buat camna, bila peluang dan ruang untuk mentelaahnya baru je hadir, kan?

Apa yang boleh makcik katakan, pencarian yang melelahkan tu sangat berbaloi! Tak sia-sia mencari seantero Lembah Klang (je kot), kerna ilmu yang terkandung dalam tu sangat la superb! Subhanallah! Sangatlah bermakna kepada sesiapa yang masih tercari-cari hujah dimana kuat dan benarnya Islam yang teramat perfect dibanding fahaman Kristian. 

Terima kasih kepada mereka-mereka yang syorkan buku nih sebagai 'Buku Perlu Milik Dan Baca'. Jazakumullah khairan kathira ^^,


Isabella – novel bertemakan teologi perbandingan agama antara Kristian dan Islam terbitan Pelima Media ini tampil dengan penampilan yang lebih segar dari segi rupa kulit buku. Ia seumpama diberikan nafas baru untuk tampil lebih menarik minat pembaca generasi baru yang dahagakan koleksi novel bertemakan teologi. 
****

Seindah namanya, Isabella bukanlah peribadi yang asing dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol, terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di bandar Cordova – bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. Membaca setiap rentetan kisah Isabella yang penuh dramatik berbaur tragik ini bagaikan membawa kita menelusuri segenap sudut dan tempat peninggalan sejarah kegemilangan Islam di Cordova. Ia mengingatkan kita pada istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.
Ya, hidayah Allah merubah segalanya. Begitulah yang terjadi kepada Isabella. Tidak ada sesiapa pun menyangka, Isabella yang pada mulanya adalah seorang penganut Kristian yang tegar dan patuh pada agamanya boleh memeluk agama Islam yang begitu dibenci oleh penganut Kristian pada waktu itu. Kebencian yang memuncak pada waktu itu sehingga hampir-hampir meragut nyawa Isabella sendiri, sewaktu hidayah Allah menyapa lubuk hatinya yang paling dalam. Isabella pada usia mudanya sentiasa mempelajari dan mengkaji tentang agamanya, Kristian. Beliau sentiasa cuba untuk mencari kebenaran dalam agama Kristian dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama Kristian.
Namun, semakin dikaji agama berasaskan fahaman triniti itu, sinar Islam dan hidayah Allah makin memenuhi lubuk jiwanya. Di ketika kebenaran Islam sudah kukuh dalam dirinya, waktu itu tidak ada apapun yang mampu menggugahnya, walaupun beliau menghadapi saat-saat getir dan penuh tragik. Kekentalan imannya tidak mampu dirubah. Isabella sudah nekad dengan keislamannya. Pengharapan penuh hanya pada Allah makin mengental liat di sanubarinya. Penyeksaan demi penyeksaan yang dihadapi Isabella mengingatkan kita pada siri-siri kekentalan iman para mujahidah Islam seperti Sumayyah dan Asiah.
Perjuangan mereka cukup-cukup membuatkan hati ini berasa kerdil sekali.
Peralihan kiblat akidahnya itu sekali gus menjadikan beliau komited dan tegas memperjuangkan ajaran Islam hingga ke akhir hayatnya. Itulah hidayah Allah – hidayah yang tidak mengenal siapa pemilik hati. Sangat beruntung siapa yang terpilih mendapat hidayah Allah. Ia bagaikan mendapat suatu anugerah yang maha hebat. Tidak ada yang setanding dan sehebat hidayah kurniaan Allah. Selepas menganuti dan menghayati agama baru, Islam yang sehebat namanya – Isabella bukan sahaja terkenal sebagai seorang muslimah yang menjadi ikutan dan pedoman ramai pemudi Islam. Beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh perbandingan agama yang ulung, bahkan seorang ahli hadis di Cordova. Melalui kisah penuh bermakna ini, sudah pasti nama beliau akan tercatat sebagai seorang serikandi Islam agung sepanjang zaman, yang akan sentiasa dekat di hati dan menjadi ingatan ramai orang.
Isabella sudah pun menemui keabadian ‘cinta’ melalui kembara keimanannya. Beliau sudah menemui cinta yang tidak ada bandingan dan gantinya. Justeru, bagaimana pula dengan kita? Ayuh, mulai dari sekarang – telaah dan hayatilah sepenuh jiwa karya sehebat dan seagung Isabella ini. Moga kita semua akan mendapat cetusan semangat dan menemui nafas baru.

Comments

hamba ALLAH said…
saya pun baca,memang best ^_^

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa