Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan.
Ianya merupakan satu nikmat yang sangat perlu kita syukuri. ^^,
Tak semua orang yang merindui ketibaan Ramadhan, yang ternanti-nanti bulan mulia ini berkesempatan melaluinya lagi buat tahun ini.
Makanya, kita yang terpilih ini perlu memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini.
Jangan sesekali sia-siakan, siapa tahu ini merupakan Ramadhan kita yang terakhir?
Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan iman,
maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
Riwayat al-Bukhari
Rugilah bagi siapa yang telah melepasi Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan Allah..
Wallahualam...
Comments
moga bulan Ramadhan kali nih, jadi titik mula kita untuk jadi lebih baik.
baik dari pelbagai aspek; sahsiah, ibadah dll
insyaALLAH :)