Skip to main content

Makan: Lapar Atau Hobi?

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga makcik main conteng-conteng pada ini blog. Lama sungguh tak meraban dalam erti kata yang sebenarnya. Sumpah rindu! hahha bajet. Makcik ada soalan. Ngee takde ribut, takde taufan tetiba terus tanya soalan, apakah? Uishh jawab je la, harap jawab dengan jujur lagi ikhlas setulus hati jiwa raga bakul besen baldi segala bagai =P

Soalan: 
Kenapa kamu makan?

Jawapan: 
a. Sebab lapar!
b. Sebab hobi!
c. Kedua-dua di atas ;)

Haa! Jawapannya?? 
Tepuk perut, tanya cacing yang terternak dengan sangat produktif itu hahha.

makan?

























Makcik tak pernah terfikir bahkan tak pernah terlintas pon soalan ni akan diajukan kepada kami minggu lepas. Tak duga, sangat di luar lubang bola golf! Makcik beserta kumpulan rombongan meminang dah tersenyum sipu je lepas soalan tu dilontarkan. Hamek kau, soalan ala-ala bom atom tetiba meletup!

Bibir dah tersengih-sengih. 
Hailaa, macam dah terkena sebijik kat batang hidung je nih.

Hati pulak dah bermonolog sendiri;
Eh! cop cop cop kenapa aku makan eh? 
Sebab aku lapar la kan, kalau tak asal nak makan segala bagai? 
Tapi, hobi pon ye jugak! Hehee ngaku je la yang sebenarnya makan tu memang hobi aku :P

Okeyh, cut off all the monolog prolog epilog semua tu.

*****

Sebenarnya, makcik nak share sikit hasil kami berslot petang dengan Ustaz Arshad ketika pengembaraan kami Persatuan Mahasiswa Masjid Asy-Syakirin (PERMAS) bermusafir ke UiTM Sabah. Slot yang sedetik cuma itu, insyaAllah bawa impak yang besar bagi makcik juga sahabat-sahabat lain. Nama slot tu je dah 'Celik Mata, Celik Minda', subhanallah! Dengan izin-Nya, memang tercelik la minda siapa yang mendengar. Alhamdulillah tiada sorang pon yang tak tercelik matanya, kalau tak confirm wassalam hehhe..

Ustaz tak sentuh perkara besar lagi berat seperti besar dan beratnya batu bersurat. Heh? Ustaz sentuh benda asas je. Benda yang hari-hari kita buat, hari-hari kita lakukan. Contohnya bab makan, bab pakaian, bab keluar masuk tandas and so on. Tapi makcik nak fokuskan satu je kali nih: pasal bab makan ni la. Kita makan sebab apa? Adakah sebab kita lapar sungguh atau sekadar hobi penuhi masa terluang kita. Ulang kali juga ustaz tanya soalan tu. 

Berdasarkan jawapan yang dah dipilih di atas, ustaz kata;

Kalau kita makan sebab LAPAR:-
  • For sure, apa yang kita ambil untuk makan tu habis. Ye, HABIS!
  • Terasa nikmatnya atau dalam erti kata lainnya kenyang.
  • Gendang gendung tali kecapi, keyang perut senang hati, alhamdulillah ^^
Kalau kita makan sebab HOBI:-
  • Confirm seconfirm-confirmnya, makan yang kita ambil tak habis.
  • Bila tak habis, automatically kita akan jadi pembazir tegar!
  • Bila membazir, secara tak sedar kita akan officially register dalam group IBLIS Evil The Devil;
    • Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya[al-Isra' 17:27]

Kalau kita makan sebab LAPAR dan HOBI:-
  • Renung-renungkan dan selamat beramal la ye...
  • Ni makcik tambah,sebab ustaz tak kata apa dah ^^,

Jadinya mulai sekarang, bila rasa nak makan je kita tanya balik; "Hohoi Cik Perut Sayang, Ni nak makan sebab lapar ke hobi?"  Hahha serba sedikit kita akan termotivasi, samada betul-betul ke perlu makan atau sekadar nafsu keterujaaan yang melonjak sampai ke awan sebab tengok makanan terhidang depan mata. 

Haa! Last but not least dari makcik, jangan tinggal lafaz basmalah sebelum lakukan apa sekalipun sebab once kita terlupa maka barakah dari Allah akan terputus. But, if we forget to do it in beginning we should say  'Bismillah awwalahu wa akhirahu; with the name of Allah, in the beginning and the end'


Wallahualam ;)

*tulisan agak carca marba terabur tunggang terbalik disebabkan dah lama tak menulis. so sorry ;)

Comments

Anonymous said…
salam.
this is mira munari :D
JumpZeera said…
hahah

rajin awak cemar duli ke sini ye mira :)
hamba ALLAH said…
assalamualaikum.
saya baru join awak,harap boleh berkenalan ^_^

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.&q

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa