Skip to main content

Sajak Aminah Qutb..

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita..

tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang meencintai orang yang kita cintai..

tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu..

namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku..


**aku amat perlukan Allah dlm menghadapi fatamorgana dunia ini.
cinta lelaki hanya akan merampas perasan ini terhadap Kekasih Agung..
sememangnya jalan mujahadah jalan yang payah. 
aku teguhkan pendirian.
hanya cinta-Nya yang bertakhta di hati, tak boleh dikongsi.
cinta lelaki hanyalah satu cabaran yang perlu dikesampingkan di usiaku tika ini.
sedangkan cita-citaku menggunung tinggi.
impianku tak boleh terhalang!!
langkah juang seorang pelajar mesti diteruskan..

Comments

alieff said…
cintakan bunga, bunga akan layu..
cintakan manusia, manusia akan mati..

*cintakan Allah kekal abadi; cinta yg sejati*
JumpZeera said…
yup..
cinta abadi itulah cinta teragung..

Popular posts from this blog

Moga Tiada Kesalnya

Entah. Terkadang rasa itu hadir. Ingin menyerah. Berpatah dari tujuan. Berpatah dari matlamat. Entah. Terkadang rasa itu pergi. Ingin mencuba. Terus cari tujuan. Terus cari matlamat. Entah. Moga yang terjadi sesuai keadaan. Moga yang terjadi baik hasilnya. Moga yang terjadi jadi pelajaran. Moga yang terjadi tiada kesalnya. 💪 Aku 17012021:0748 alam avenue 2

Pendiam? Buku Aiman Amri & Aqila Masri

Assalamualaikum, hai.  Ramadhan hari ke-8 dan PKP hari keberapa-tah-dah-hilang-kira hmm. Duduk rumah semua hilang dari kira.  Hiks termasuk sini lagi. Maksud dia apa? Tengah acah semangat nak buat esaimen tapi termenyimpang haha. Biasa sangat la buat perangai macam ni. Mengarang refleksi tak mau, tulis dalam blog rajin pulak la eh :p  Beberapa hari lepas ada terima eBook dari publisher sebagai ganti sementara buku fizikal yang mereka tak dapat pos asbab kekangan PKP ni. Bagi aku ni satu inisiatif yang menarik! Ye la kan, bila je lagi nak ada masa banyak untuk baca buku secara marathon. Tapi aku pilih untuk baca beberapa eBook saja. Nak reserve bacaan fizikal nanti. Baru best bila pegang buku betul, ye tak? Ni antara buku terpilih. Pendiam? tulisan Aiman Amri dan Aqila Masri. Poster promo pre-Order. Sedikit Sinopsis Pendiam?  Macam biasa apa yang aku rasa, akan diterjemahkan dalam bentuk coretan ringkas di twitter. Semestinya tempat mer...

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum.. Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee.. Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada. Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah! Maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)  tetapi amatlah sediki...