Assalamualikum..
Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee..
Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada.
Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah!
Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur)
tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."
Baca surah al-Mulk ayat 23 nih, sambil letakkan jari pada gigi yang sakit tu. insyaAllah, rasa sakit tu akan kurang. Ini kira macam cara alternative la sebelum pergi jumpa dentist kalau sakit gigi.
Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata,
Nabi SAW bersabda,: "Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini."
* Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi. Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah.
Yakin la, bahawa kesembuhan itu adalah dengan izin Allah! Dia yang menguji kita dengan kesakitan, dan Dia jugalah yang punya kuasa untuk menyingkirkannya.
Yakin la, bahawa kesembuhan itu adalah dengan izin Allah! Dia yang menguji kita dengan kesakitan, dan Dia jugalah yang punya kuasa untuk menyingkirkannya.
Entry asal: April 10, 2011
Comments
Jgn sesekali hilang kebergantungan dgn Allah.. Pape hal, Usaha + doa !!
mhn izin beramal degn ayat ini dan boleh lah di kongsikan....
muga2 gigi ni cepat lega dan sembuh..
tqvm
moga bermnfaat.
selamat beramal ^^.