Skip to main content

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum..

Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee..

Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada.

Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah!


Maksudnya: 
"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) 
tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."

Baca surah al-Mulk ayat 23 nih, sambil letakkan jari pada gigi yang sakit tu. insyaAllah, rasa sakit tu akan kurang. Ini kira macam cara alternative la sebelum pergi jumpa dentist kalau sakit gigi.

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, 
Nabi SAW bersabda,: "Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini." 


* Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi. Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah.


Yakin la, bahawa kesembuhan itu adalah dengan izin Allah! Dia yang menguji kita dengan kesakitan, dan Dia jugalah yang punya kuasa untuk menyingkirkannya. 

Entry asal: April 10, 2011

Comments

Numasara Hana said…
mintak copy ayat jampi tu ea...
JumpZeera said…
@NUMASARA HANA silakan.. amek je! bukan takat kopi! teh, milo, vico semua boleh.. hehee :D
ayuni said…
Berkesan btol .. skrg adik sya x sakit gigi dah ..
JumpZeera said…
@ayuni Alhamdulillah :)
Jgn sesekali hilang kebergantungan dgn Allah.. Pape hal, Usaha + doa !!
Anonymous said…
Mintak share ye...tq.. :)
http://ainhany.boogspot.com said…
salam ziarah,

mhn izin beramal degn ayat ini dan boleh lah di kongsikan....

muga2 gigi ni cepat lega dan sembuh..

tqvm
infokrafmasak.blogspot.com said…
Subhanallah..rupanya banyaknya mukjizat dalam Al-Quran. terimakasih makcik.
masa dekat u..pernah kena sakit gigi yang teruk...sampai pagi..tatau apa nak buat saya ambil quran dan baca...terus segala sakit hilang,,,subhanallah
Dammong Osman said…
Salam !! ADMIN, Saya nak minta ini ayat .. mudah- mudah dengan Izin allah ianya berkesan !!
diela_uknow7 said…
Sakit gigi since awal tahun.. Harap-harap doa ni berkesan. Amiinn..
diela_uknow7 said…
Sakit gigi since awal tahun. Harap-harap doa ni berkesan. Amiinn..
Anonymous said…
diela_uknow7 sakit since awl thn?knapa x g klinik jer?
Raha said…
Mintak permission untuk share ye. Tq.
JumpZeera said…
@Raha tafaddhol ;)
moga bermnfaat.
selamat beramal ^^.

Popular posts from this blog

wahai kawan-kawan mari dengar nasihat..

assalamualaikum.. jom layan lagu ni.. terjumpa kat youtube tadi.  walaupun nampak cam biasa je, tapi ia tetap ada message tersendiri.. mari dengar nasihat by nadamurni .. wahai kawan-kawan mari dengar nasihat sebagai pedoman untuk selamat..  dari azab dunia akhirat supaya hidup bertambah berkat..

bergaul sesama muslim

assalamualaikum..  "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.." Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati. Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan t olong menolong dalam ketaqwaan.  Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah. Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaa