Tengok Bintang Langit Malam

Suatu malam 

Setibanya pulang dari program

Seorang sahabat ajak tengok bintang.

Hahha kelakarkan?

Macam anak kecil mencari kegembiraan.

. . . . . . 

Bagi aku tak rugi bila kita taddabur alam ni.

Dia buat kita rasa kerdil!

Dia buat kita rasa kagum!

Ya, kagum dengan ciptaan serta kekuasaan Allah swt.

Subhanallah!

. . . . . .

"Awak, awak nak bintang yang mana?" 

Aku dihujani dengan pertanyaan sedang ralit mendongak ke langit.

"Saya nak bintang yang paling terang tu!"

Aku jawab sambil jari mengarah ke langit malam.

"Kenapa?"

"Kenapa? Sebab saya nak bila awak tengok bintang, dan nampak bintang yang paling terang tu awak akan ingat saya."

Ecewah, jawapan nak skema novel cinta je.

. . . . . . .

Allah!

Rindunya dengan detik itu.

Malam terakhir pertemuan, sebelum ke destinasi kehidupan masing-masing.

Walau hanya tengok bintang,

Walau nampak buang masa,

Tapi ia dapat tingkatkan kecintaan kita kepada Sang Pencipta.

Bertambah kasih sayang sesama manusia.

. . . . . . .

InshaAllah, 

Tak rugi bila kita taddabur alam.

Percayalah!




aku
03072013;1755

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Mencari Ketenangan..

Rahsia Wuduk ..